Friday, August 15, 2014

GANTUNG.....


Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

15 OGOS 2014 - JUMAAT 
ddyanie thanks to mellygoeslaw :' :' :'

Thursday, March 28, 2013

Lelaki.

memang lelaki kalau nak kenal dengan perempuan lagak macam superman eh?
pendengar setia, kawan tapi mesra,
berkongsi semuanya bersama,
kongsi perasaan,
kongsi sisi gelap,
nyata sudah kurang iman keduanya.

mesti ada yang jawab, tak semua lelaki macam tu,

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
dan begitulah sebaliknya. 

ok saya terima kata-kata itu. 



Wednesday, March 20, 2013

TAJUK UTAMA: BROGA HILL DI PIJAK-PIJAK AKHIRNYA










TAHUKAH ANDA INI ADALAH GAMBAR LAMA MASA AKU DEGREE, 3RD YEAR, 2011. HAHA.

KULIT MUKA NIPIS?

Hari ni lunch dengan Zila di pusanika.
Skrg pusanika siap ada nasi Arab. Yalah,, UKM amik student master dari Afghanistan ramai kot kali ni. 
Dekat Kolej Pendeta Za'ba tu kalau kamu pegi serious rasa macam Kolej Pak Arab. huhu.
So, memang sesuai juga la Cafe Pusan buat mcm tu. Untung. 
Aku makan nasi arab tu la tadi. Alhamdulillah selera pada daging kambing skrg makin up. 
Baru aku tau daging kambing tu sedap. haha. lantaklah kamu yang baca ni loya-loya tekak ka apa. 

Then, petang tadi lepas kelas 'pengurusan tadika cemerlang', kak nabilah (hehe nanti mo buat entry pasal dia) ajak keluar p Metro kajang, tapi sekali jammed teruk. Maka, melencong la kami ke Bangi. Seksyen 4 x silap, dekat Econsave. Pekena Cendol Pulut. uhhuu sedap juga panas-panas makan kan. Rm2 ja. Lain kali boleh pegi lagi la..hehe. 

Balik tu kak nabila hantar sampai kolej, zigzagzigzag, keluar bilik, p bilik Najwa Latiff pulak. ahhaa Najwa Latif la sangat. Najwa Hanis! P jumpa minah Zila sebab malam dia gerak balik Sg. Buloh. Balik rumah dia la ngeng. Pheww best gilak datang-datang kena hidang Kek Lapis Sarawak. Diorang p Kuching jumaat aritu. Best gilak g holiday. huhu. x lama lepas tu Yuna pun datang bawa barang baik utk aku. ngeh3. Ayuna Ahmad la! kawan aku memang sokmo persis nama artis. kau ada???

talk-talk-talk-talk...
sampai bilik aku terus p mandi dan maghrib. ok ngantuk yang ditahan-tahan masa dalam keta kak nabila tadi berjaya dilepaskan ke bantal dan tilam ku yg empuk....bangun-bangun kul8 lebih suda. alamak...terbayang-bayang bihun sup ayam masa makan cendol tadi. x boleh jadi ni! ahhaa..suha msg. wow wow pa lagi ajak dia p cafe KIY (ibrahim yaakub), dengan alasan aku suda muak dan mual makan di cafe UO. Maka, mendaki la kami bukit KIY yang boleh tahan tercungap-cungap kalau sambil daki sambil cakap mcm suha (serious x berhenti dia bercakap pasal kelas dia tadi). kiki.

sampai cafe, terus order Bihun Sup. aiyayak...kecur liur kami. apa lagiiiiiii slurrrpppppp...homak hengkau!!!! ya ya sedap memang sedap. tapiiiiiiiiii adoiiiii pedasnya oiiiiiiiiiiiiiii...aku godek-godek mau 4 biji juga la cili padi dia letak...arghhhhhhhhh mau menangis suda masa tu. tp bila tgk suha makan walaupun kepedasan, aku mesti makan juga! x lama lepas tu, suha bangun order sirap limau utk kami dua. ko gila ka x minum air! masa tu aku rasa mulut aku macam berlaku letupan bom ja di sana sini. makan sekali, minum sekali. dan begitulah seterusnya sampai buncit perut! aku tau suda muka aku masa tu mesti mcm org kena tampar jepun! Suha pegang pipi aku, panasssss...dasatnya kepedasan ini! masa tu la suha buat teori baru. "napa muka ko cepat merah eh? aku pun x tahan pedas gak tapi xda la mcm ko, aku rasa kulit muka ko nipis la"....Glupppzzz...amboi agak-agak la..


Monday, March 18, 2013

Siapa ketuk pintu petang-petang pas hujan ni?

sedang aku leka dengan hiburan duniawi. (online-online-online)
huh! mmg bermasalah dlm time management betul aku ni. oke memang pun!!!!!

pintu bilik aku diketuk. "aik roomate aku ni main ketuk2 pintu lak"
dia ketuk lagi.."kawan roomate aku kot" (aku pun buka)
oh! makcik la..bukan student.
"dik...nak kerepek dik..ada macam2 ni..kerepek pedas, kerepek kacang hijau, kerepek bawang..."
amm nyum, nyum, nyum...terliur aku.......haip2 puasa, puasa....huhu..

uihhh sedap ni makcik..3 rm5 kan?? 
"ya dik..." 
oke saya ambik 3 ni. jap eh makcik..
godek sana, godek sini..alaa..mana singgit lagi...huuu
makcik, x cukup singgit la cik...
"ada berapa yg cukupnya tu" 
tunjuk rm50..."ohh..InsyaAllah ada"
hehe..
"terima kasih dik...jual eh"...iya..beli...:):):)

lalu makcik itu berlalu pergi memikul beg kerepeknya. huhu..sedih pulak tiba-tiba.

"Ya Allah...permudahkan hidupnya...halalkan rezekinya..."

p/s kadang-kadang kita beli bukan sebab kita mau sangat makan, tapi sebab kita simpati dan empati kepada si penjual jalanan. kan?
pas bukak nanti ley makan. nyum3




Friday, March 15, 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...:)

ALMOST 2 YEARS.. AFTER IM 'QUIT' OR I CAN SAY MORE GENTLY 'RESTED' FROM THIS BLOG WRITING.

hehe..saja ja mengada-ngada ckp org puteh. correct me if im wrong okay. :)

Alhamdulillah...selama dua tahun ni banyak sangat benda yang berlaku. tidak menang tangan rasanya mau kira (yala aku bukan labah-labah). Setahun yang lepas, aku menghabiskan waktu berharga aku bersama keluarga, mama, abah, abang-abang dan kakak-kanak yang semua sudah berkahwin. uhhuu. sungguh menghabiskan waktu di rumah itu amat dikenang bila kau kembali jauh dari keluargamu (next story).

hmmmm....InsyaAllah akan kembali merajinkan diri menulis di blog Anak Cikgu Ali.

15 Mac 2013. Salam Yaumul Jumaat para muslimin dan muslimat.
Doakan semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah yang maha kuasa. Amin Ya Rabb. <3 p="">


Friday, March 11, 2011

Siapa gerangan Pengantin Lelaki itu???

orite..ari tuh course Kebudayaan & Kesenian Melayu telah mengadakan satu pameran busana & tekstil Melayu yg berlangsung selama 3 hari berturut (1-3 Mac). siyes aku la salah sorg yg menguap2 jaga booth. grrrr...tapi. hari ke-3 merupakan hari ter-best sekali sebab sebagai penutup kami buat Peragaan Busana yg telah kami pamer di booth sebelum ini..adalah sepasang pelajar ni kan. berpasangan memperaga busana pengantin jenis songket. owh! pengantin lelaki sgt kacak & di gilai ramai. x menang tangan la asyik kena bwk posing di samping perempuan2 cun. hahaiiiii...siapa pengantin itu??

*ni aksesori pengantin minangkabau*
oke ini bukan model sebenar yah. ada pulak kan model dgn beg laptop merah. haha.

Ni hari kedua pameran.
*bajet...ntah apa2 aku merapu time perasmi buat lawatan ke booth songket kami

*oke! ini hari ketiga!. nampak x sepasang pengantin serba hijau itu??

*orite..sebelah kiri berbaju tu pensyarah aku En.Nazri dpt cendera-tangan dari Dr.Zubir (owh Dr. Zubir buat sambal udang mmg sedap wei. aku sudah rasa)
oke then, nampak jelas kan pasangan pengantin tersebut??...=.=

*NAH!! AMIK KAU...DUA2 PEREMPUAN. TAPI SIAPA PENGANTIN 'LELAKI' ITU??

*Ramai kata 'Lelaki' ni Handsome??*
(siyesly aku pon ter-suka dgn pengantin nih=.=')

*sebahagian peminat2 cun yg ingin berdamping dgn model pengantin 'lelaki' tersebut*

*mungkinkah 'lelaki' itu adalah gadis kipas ini???*
sama2 kita saksikan.....

*snap by 'silent peminat'*

*haa..mungkinkah juga c minah rokers bergitar itu??*

haha...semua pun bukan la.
jawapan yang betul adalah......
*haha!! tuan punya blog ni lah pengantin lelaki itu!*
gegege..
huhu! penat tau aku tahan gelak, kontrol macho depan semua orang time kena 'jalan kucing' atas stage. sekali dapat sorakan. mau x kalut aku. sampai ada yg cakap "dd, ko mcm nak bawak pengantin pompuan kawen lari" ahahaha...
apa pon ini cuma utk menceriakan suasana majlis. aku decide pky baju ni pon sehari sebelum hari peragaan. rasa cm teringin pulak..(haha..kenot go!) tapi serius..setiap kali aku kena tag dlm fb, sepantas kilat aku REMOVE dr wall aku..coiii..aku segan seh tgk diri aku cmtuh..har3x.
but don't worry aku masih dara bukan teruna ya!..aku didi la wei..anak perempuan bongsu cikgu Ali. mau kena lempang sama Haji.Ali ka tukar jantina?
see??
*oke ini waheeda ye*
(aku xpenah pakai skirt cmtuh pun..hehehe)

nota tangan:
bak kata En.Nazri pada budak2 PB (pilihan bebas)
"diorg ni memang otak gila2..tengok la (sambil tunjuk aku) ada pulak perempuan pakai baju pengantin lelaki"..*__*
erm..ermm..final year suda kan..:P
k, sudah. saket mata aku ngadap gambar2 ini.
-xoxo-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mahujadibegini-bila?-nanti!

mahujadibegini-bila?-nanti!