Friday, August 15, 2014

Sakit Mata

bismillahi rahmani rahim...
assalamualaikum wbt...

hye guys...tiba2 hari ni gatal mau buat entri. even hari ni antara hari paling aku menyampah. lagaknya aku mcm kena PMS. suck. oke cukup.

tau x antara benda yg paling aku x boleh terima ialah...BILA ORANG HILANG KEPERCAYAAN DGN AKU. apa lagi kalau yg x percaya tu orang yang dekat dan paling istimewa di mata n hati aku..<3

kamu tahu apa yg aku mampu buat kalau orang hilang percaya dgn diri aku? hurmm...aku nangis! n nangis! n nangis! n nangis! n nangis! on n on...:'( :'( :'(
biarlah orang kata aku muka ganas, tapi hati cm kulit bawang merah. buka kulit sudah nampak isinya yg merah. sama mcm hati aku.

pernah dulu...aku balik lambat dari sekolah. biasalah aku tinggal asrama. cukup hujung bulan akan balik bercuti di rumah. balik naik kereta api. sudah tau lambat. aku melambat-lambatkan lagi ke stesen kereta api. sampai rumah masuk maghrib sudah. aku masuk bilik terus takut tunjuk muka dgn mama. takut betul sbb tahu mama mesti marah. ya mama marah. mama kata aku ke mana-mana sebab tu aku lambat sampai rumah. mama sudah x percaya aku. mama x sayang aku sudah. sedih. lalu menangis semahu-mahu di dalam bilik. kemudian mama dtg. duduk sebelah aku. mama minta maaf sbb marah aku. aku lg tambah sedih sbb mama pula yg minta maaf. even sebenarnya aku mmg mahu mama tunjuk sygnya pada aku. ya mama syg aku. sbb tu mama marah aku. mmg salah aku sbb balik lambat..
itu cerita lama..zaman sekolah tinggal asrama....

semlm aku nangis lagi..teruk aku nangis..berjam-jam nangis. cuba berhenti. tapi makin sesak jadinya dada menahan tangis. beratnya bahu. mcm disiat2. xtahu pada siapa hendak mengadu. selagi ku tahan, tiada sorg pun kwn jd tempat aku meluahkan. teruk. sgt teruk. pagi td lama aku duduk dlm bilik. berharap cepatlah mata ini reda bengkaknya. lama menunggu ku gagahkan jua turun ke bawah. mulanya tunduk takut ada yg pelik melihat mata yg sepet, berkelopak pula. sampai bila perlu ku tunduk. kakak bertanya 'cerita korea apa lg yg buat ko menangis?' jawabku 'mana adaaaa..trlebih tidur lah!' balas kakak 'eee...ko sakit mata ni kan'...hurmm terpulang. yg penting bukan sbb menangis harapku..:'/

::kisahhatibilaadayangmenjauhdiri::


ALLAHU...ini entry lama.12/12/2011..namun apa yang tertulis..semuanya serba serbi sama :' :' :'

GANTUNG.....


Ku harus menemui cintaku
Mencari tahu hubungan kita
Apa masih atau tlah berakhir

Kau menggantungkan hubungan ini
Kau diamkan aku tanpa sebab
Maunya apa ku harus bagaimana
Kasih
Sampai kapan kau gantung
Cerita cintaku memberi harapan
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

Detik-detik waktu pun terbuang
Teganya kau menggantung cintaku
Bicaralah biar semua pasti

Tentunya hubungan cinta denganmu
Membuat ku sakit
Hingga mungkin ku tak sanggup lagi
Dan meninggalkan dirimu

15 OGOS 2014 - JUMAAT 
ddyanie thanks to mellygoeslaw :' :' :'

Thursday, March 28, 2013

Lelaki.

memang lelaki kalau nak kenal dengan perempuan lagak macam superman eh?
pendengar setia, kawan tapi mesra,
berkongsi semuanya bersama,
kongsi perasaan,
kongsi sisi gelap,
nyata sudah kurang iman keduanya.

mesti ada yang jawab, tak semua lelaki macam tu,

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik 
dan begitulah sebaliknya. 

ok saya terima kata-kata itu. 



Wednesday, March 20, 2013

TAJUK UTAMA: BROGA HILL DI PIJAK-PIJAK AKHIRNYA










TAHUKAH ANDA INI ADALAH GAMBAR LAMA MASA AKU DEGREE, 3RD YEAR, 2011. HAHA.

KULIT MUKA NIPIS?

Hari ni lunch dengan Zila di pusanika.
Skrg pusanika siap ada nasi Arab. Yalah,, UKM amik student master dari Afghanistan ramai kot kali ni. 
Dekat Kolej Pendeta Za'ba tu kalau kamu pegi serious rasa macam Kolej Pak Arab. huhu.
So, memang sesuai juga la Cafe Pusan buat mcm tu. Untung. 
Aku makan nasi arab tu la tadi. Alhamdulillah selera pada daging kambing skrg makin up. 
Baru aku tau daging kambing tu sedap. haha. lantaklah kamu yang baca ni loya-loya tekak ka apa. 

Then, petang tadi lepas kelas 'pengurusan tadika cemerlang', kak nabilah (hehe nanti mo buat entry pasal dia) ajak keluar p Metro kajang, tapi sekali jammed teruk. Maka, melencong la kami ke Bangi. Seksyen 4 x silap, dekat Econsave. Pekena Cendol Pulut. uhhuu sedap juga panas-panas makan kan. Rm2 ja. Lain kali boleh pegi lagi la..hehe. 

Balik tu kak nabila hantar sampai kolej, zigzagzigzag, keluar bilik, p bilik Najwa Latiff pulak. ahhaa Najwa Latif la sangat. Najwa Hanis! P jumpa minah Zila sebab malam dia gerak balik Sg. Buloh. Balik rumah dia la ngeng. Pheww best gilak datang-datang kena hidang Kek Lapis Sarawak. Diorang p Kuching jumaat aritu. Best gilak g holiday. huhu. x lama lepas tu Yuna pun datang bawa barang baik utk aku. ngeh3. Ayuna Ahmad la! kawan aku memang sokmo persis nama artis. kau ada???

talk-talk-talk-talk...
sampai bilik aku terus p mandi dan maghrib. ok ngantuk yang ditahan-tahan masa dalam keta kak nabila tadi berjaya dilepaskan ke bantal dan tilam ku yg empuk....bangun-bangun kul8 lebih suda. alamak...terbayang-bayang bihun sup ayam masa makan cendol tadi. x boleh jadi ni! ahhaa..suha msg. wow wow pa lagi ajak dia p cafe KIY (ibrahim yaakub), dengan alasan aku suda muak dan mual makan di cafe UO. Maka, mendaki la kami bukit KIY yang boleh tahan tercungap-cungap kalau sambil daki sambil cakap mcm suha (serious x berhenti dia bercakap pasal kelas dia tadi). kiki.

sampai cafe, terus order Bihun Sup. aiyayak...kecur liur kami. apa lagiiiiiii slurrrpppppp...homak hengkau!!!! ya ya sedap memang sedap. tapiiiiiiiiii adoiiiii pedasnya oiiiiiiiiiiiiiii...aku godek-godek mau 4 biji juga la cili padi dia letak...arghhhhhhhhh mau menangis suda masa tu. tp bila tgk suha makan walaupun kepedasan, aku mesti makan juga! x lama lepas tu, suha bangun order sirap limau utk kami dua. ko gila ka x minum air! masa tu aku rasa mulut aku macam berlaku letupan bom ja di sana sini. makan sekali, minum sekali. dan begitulah seterusnya sampai buncit perut! aku tau suda muka aku masa tu mesti mcm org kena tampar jepun! Suha pegang pipi aku, panasssss...dasatnya kepedasan ini! masa tu la suha buat teori baru. "napa muka ko cepat merah eh? aku pun x tahan pedas gak tapi xda la mcm ko, aku rasa kulit muka ko nipis la"....Glupppzzz...amboi agak-agak la..


Monday, March 18, 2013

Siapa ketuk pintu petang-petang pas hujan ni?

sedang aku leka dengan hiburan duniawi. (online-online-online)
huh! mmg bermasalah dlm time management betul aku ni. oke memang pun!!!!!

pintu bilik aku diketuk. "aik roomate aku ni main ketuk2 pintu lak"
dia ketuk lagi.."kawan roomate aku kot" (aku pun buka)
oh! makcik la..bukan student.
"dik...nak kerepek dik..ada macam2 ni..kerepek pedas, kerepek kacang hijau, kerepek bawang..."
amm nyum, nyum, nyum...terliur aku.......haip2 puasa, puasa....huhu..

uihhh sedap ni makcik..3 rm5 kan?? 
"ya dik..." 
oke saya ambik 3 ni. jap eh makcik..
godek sana, godek sini..alaa..mana singgit lagi...huuu
makcik, x cukup singgit la cik...
"ada berapa yg cukupnya tu" 
tunjuk rm50..."ohh..InsyaAllah ada"
hehe..
"terima kasih dik...jual eh"...iya..beli...:):):)

lalu makcik itu berlalu pergi memikul beg kerepeknya. huhu..sedih pulak tiba-tiba.

"Ya Allah...permudahkan hidupnya...halalkan rezekinya..."

p/s kadang-kadang kita beli bukan sebab kita mau sangat makan, tapi sebab kita simpati dan empati kepada si penjual jalanan. kan?
pas bukak nanti ley makan. nyum3




Friday, March 15, 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...:)

ALMOST 2 YEARS.. AFTER IM 'QUIT' OR I CAN SAY MORE GENTLY 'RESTED' FROM THIS BLOG WRITING.

hehe..saja ja mengada-ngada ckp org puteh. correct me if im wrong okay. :)

Alhamdulillah...selama dua tahun ni banyak sangat benda yang berlaku. tidak menang tangan rasanya mau kira (yala aku bukan labah-labah). Setahun yang lepas, aku menghabiskan waktu berharga aku bersama keluarga, mama, abah, abang-abang dan kakak-kanak yang semua sudah berkahwin. uhhuu. sungguh menghabiskan waktu di rumah itu amat dikenang bila kau kembali jauh dari keluargamu (next story).

hmmmm....InsyaAllah akan kembali merajinkan diri menulis di blog Anak Cikgu Ali.

15 Mac 2013. Salam Yaumul Jumaat para muslimin dan muslimat.
Doakan semoga kita sentiasa di dalam lindungan Allah yang maha kuasa. Amin Ya Rabb. <3 p="">


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mahujadibegini-bila?-nanti!

mahujadibegini-bila?-nanti!