Wednesday, March 10, 2010

Tolong Si Dia

Tolong beritahu si dia
Aku ada pesan buatnya
Cinta agung adalah cintaNya
Cinta manusia bakal buatnya alpa..

Tolong nasihati si dia
Jangan menyintaiku melebihi cintanya pada yang maha esa;
Jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati yang maha kuasa
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibubapanya...

Tolong katakan pada si dia
Dahulukan ALLAH kerana disitu ada bahagia
Dahulukan ibubapanya kerana di telapak itu syurganya....

Tolong ingatkan si dia
Aku terpikat kerana imannya bukan rupanya
Aku lebih cintakan zuhudnya bukan hartanya
Aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Andai nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia
Aku milik yang maha esa
Aku milik keluarga
Tanggungjawab besar pada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia
Usah ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya

Tolong pesan padanya
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar padanya
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Aku membiarkan yang maha esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan kepada si dia
Aku mahu dia Berjaya dalam impian dan cita-citanya
Jadilah penyokong dalam kejayaanku

Tolong sampaikan pada si dia
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Cinta didasari taqwa pada ALLAH ,tidak ternilai harganya
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan yang maha esa..


Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri-------


-credit tO Along Farhana for Tagged Me on this LoveLy Note-
aku sangat sUka tika membacanya^^

p/s hiLang mOod mau cita sal teganU...sbb xda keLapangan yg cukup utk akU bt entri pnjg berjeLa-jeLa..wuuuuu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

mahujadibegini-bila?-nanti!

mahujadibegini-bila?-nanti!